Saturday, 29 April 2017

Syarat-Syarat dan Perjanjian Penyewa/Peminjam Kereta Sewa


 PEMBAYARAN
  • Jumlah kadar sewaan keseluruhan termasuk Security Deposit perlu dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan samaada melalui bank transfer atau pun Cash On Delivery (COD).
  • Security Deposit bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh penyewaan. Security Deposit akan dipulangkan apabila kereta sewa dipulangkan dengan baik dan bebas daripada saman trafik.
  • Sekiranya penyewa ingin menempah kenderaan untuk tarikh tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM50 sebagai booking fee. Jumlah ‘booking fee’ ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh penyewaan.
  • Deposit adalah sebanyak Rm200-(Rm50)security deposit

Untuk tempahan juga, tempoh minimum penyewaan ialah 1 hari 

Sekiranya kereta sewa lambat dihantar, setiap jam yang berikutnya akan dicaj minimum RM20/jam (bergantung kepada jenis kereta). Jadi untuk mengelakkan anda dikenakan cas sewaan yang tinggi sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan dan seawal mungkin sekiranya ingin melanjutkan tempoh sewa pada kadar yang lebih baik.

SYARAT PEMANDU
  • Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
  • Sihat tubuh badan dan waras.
  • Hadirkan diri ketika mengambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad penyewa.
  • Salinan Lesen Memandu penyewa.
  • Salinan Kad Pengenalan Rujukan/ Penjamin (contoh: isteri, abang, suami, saudara dll).
  • Salinan bil utiliti terkini rumah (contoh: bil Astro, bil TNB, bil air dll).
  • Kad Pelajar jika seorang pelajar.


SAMAN

Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.


SYARAT DAN LARANGAN KETIKA MENYEWA KENDERAAN
  • Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  • Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
  • Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci.
  • Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
  • Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
  • Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, caj minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.

* Sekiranya anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma ini.

Proton Saga 1.3 (A)

gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan
Proton Saga 1.3, kereta Sedan untuk bajet sederhana. Khas untuk pelanggan yang inginkan ruang penyimpanan barang yang besar. Sesuai untuk seisi keluarga. Dengan menampilkan ciri-ciri model rekaan yang terkini, memenuhi citarasa semua golonganMempunyai push button bagi menghidupkan enjin dan ianya juga mempunyai ruang dalaman yang luas dan selesa bagi pemanduan jauh dan dekat. Manakala enjinnya dipastikan zero downtime.  Hubungi 011-15046618

Perodua Alza 1.5 (A)

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Selain dari kereta MPV yang terdapat di pasaran sekarang MPV Perodua Alza juga adalah pilihan terbaik bagi seisi keluarga. Dengan ruang dalaman yang selesa yang boleh memuatkan 7 penumpang (tanpa barang), ini adalah pilihan yang tepat untuk pemanduan yang selesa dan perjalanan jauh. Penggunaan minyak juga lebih menjimatkan. Model ini juga menjadi pilihan utama para pelanggan. Ibarat menang menyewa menang memakai. Hubungi 011-15046618


Perodua Myvi 1.3 (A)

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Myvi 1.3 merupakan kereta yang boleh meluncur laju di jalan raya. Disebabkan oleh CC nya yang besar tetapi saiznya yang agak kecil jika dibandingkan dengan kereta sedan. Kereta ini juga jimat minyak. Apapun kereta ini juga laris seperti goreng pisang panas. Tempah segera!! Hubungi 011-15046618

Perodua Axia E (M)


Gambar Hiasan

Gambar Hiasan


Sebut sahaja Axia, semua orang boleh agak kelebihannya di sebalik saiz yang kecil. Kereta kompak yang amat menjimatkan minyak berbanding kereta yang lain dengan penggunaan enjin baru yang sama seperti Bezza iaitu enjin 1.0 liter 1KR-VE yang dilengkapi dengan sistem VVT-i dan bahan api lebih baik - 22.5 km/l berbanding sebelum ini 21.6 km/l (transmisi manual). Mempunyai Eco-Driving dan menjimatkan. Tetapi anda juga mesti menempahnya secepat mungkin kerana ia laris seperti goreng pisang panas. Hubungi 011-15046618