- Jumlah kadar sewaan keseluruhan termasuk Security Deposit perlu dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan samaada melalui bank transfer atau pun Cash On Delivery (COD).
- Security Deposit bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh penyewaan. Security Deposit akan dipulangkan apabila kereta sewa dipulangkan dengan baik dan bebas daripada saman trafik.
- Sekiranya penyewa ingin menempah kenderaan untuk tarikh tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM50 sebagai booking fee. Jumlah ‘booking fee’ ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh penyewaan.
- Deposit adalah sebanyak Rm200-(Rm50)security deposit
Untuk tempahan juga, tempoh
minimum penyewaan ialah 1 hari
Sekiranya kereta sewa lambat
dihantar, setiap jam yang berikutnya akan dicaj minimum RM20/jam (bergantung
kepada jenis kereta). Jadi untuk mengelakkan anda dikenakan cas sewaan yang
tinggi sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan dan seawal mungkin
sekiranya ingin melanjutkan tempoh sewa pada kadar yang lebih baik.
SYARAT PEMANDU
- Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
- Sihat tubuh badan dan waras.
- Hadirkan diri ketika mengambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad Pengenalan/MyKad penyewa.
- Salinan Lesen Memandu penyewa.
- Salinan Kad Pengenalan Rujukan/ Penjamin (contoh: isteri, abang, suami, saudara dll).
- Salinan bil utiliti terkini rumah (contoh: bil Astro, bil TNB, bil air dll).
- Kad Pelajar jika seorang pelajar.
SAMAN
Penyewa bertanggungjawab
sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.
SYARAT DAN LARANGAN KETIKA MENYEWA KENDERAAN
- Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
- Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
- Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci.
- Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
- Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
- Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, caj minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.
* Sekiranya anda menempah kereta
daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan
syarat dan terma ini.
No comments:
Post a Comment